Minggu lepas aku tutup kedai selama seminggu sebab aku dan mak pergi ke rumah Marina di Terengganu. Almaklumlah, sejak dah boleh merentas negeri sekarang ni kaki pun makin panjang 😆
Masa di sana, aku terjumpa satu buku yang banyak disebut oleh guru-guru bisnes; “How to win friends and influence people: Edisi Bahasa Melayu”. Terus aku beli woi!
Penulisan bukunya memang bagus. Siap ada panduan dari penulis bagaimana cara nak dapatkan manfaat buku ini dengan sepenuhnya.
Hari ni aku baru
habiskan Bab 1. Apa yang aku boleh cakap setakat ni:
- Isi yang nak disampaikan ditekankan berulang kali dan
disertakan pula pelbagai peristiwa dan contoh supaya kita pembaca faham.
Jadi kita boleh bayangkan kenapa benda tu jadi dan kenapa seseorang itu
bertindak begitu.
- Gaya penyampaiannya santai seolah-olah Pak Dale
ni tengah bercerita dangan kita, memang best 👍👍👍
Selain ke’best’an yang
aku cakap pasal buku ni, ada sikit kekurangannya:
- Cerita-cerita yang disebutkan adalah berkaitan
individu-individu hebat pada ketika buku ini ditulis iaitu dalam tahun
1920an-1930an. Jadi aku kurang connected dengan cerita tersebut dan perlu
buat bacaan tambahan di Internet supaya aku faham maksud yang nak
disampaikan. Tapi aku faham dan ada disebutkan dalam Kata Pengantar buku
ni; andai Pak Dale masih hidup sekarang ni pasti dia akan menyemak sendiri
buku How To Win Friends and Influence People ni supaya
sesuai dengan perubahan semasa.
- Terjemahan Bahasa Melayu yang agak lemah. Aku faham
kekangan dalam menterjemah ni perlu berjaga-jaga supaya tak menyimpang
dari maksud yang penulis asal nak sampaikan. Tapi pada pendapat aku, perlu
juga sesuatu ayat itu memberi makna dalam Bahasa Melayu kita. Adakalanya ayat
terjemahan tu aku rasa aneh dan perlu rujuk teks asal dalam bahasa
Inggeris. Cadangan aku ialah perlu ada nota kaki supaya
pembaca dapat fahamkan konteks ayat tersebut.
Jom
bincang Bab 1
Tajuknya
ialah, “Apabila Ingin Mengambil Madu, Jangan Ditendang Sarang Lebahnya”.
Ok,
mari kita fikirkan bersama tentang tajuk ni. Apa akan jadi kalau kau tendang
sarang lebah? 🦶🐝
Jika
kita lihat secara fitrahnya, sarang lebah ni kan selalu dibuat di dahan-dahan
pokok. Nak-nak pula lebah di Malaysia ni, kalau nak buat sarang, nun tinggi
menyayup kat atas pokok tualang. Jadi kalau nak ambil madu memang kau kena
panjat pokok. Jangan nak kata kau nak tendang sarang lebah yang orang bela tu
ye! Sebelum kau tendang sarang lebah tu, tuan dia dah tendang kau!
Berbalik pada sarang
lebah atas pokok tadi, niat asal kau adalah nak ambil madu lebah dari sarang
tu. Tapi masa nak ambil tu kau ternampak, “Eh banyaknya lebah kerumun sarang
dia, habislah aku kena sengat nanti”. Jadi kau pun terajang sarang tu sambil
berkata, “ Mampuslah kau lebah!”
Namun kau tak jangka, rupa-rupanya:
1.
Lebah-lebah tu akan
serang kau sebab rumahnya kau dah rosakkan.
2.
Lebah-lebah tu akan
serang kau sebab anak-anaknya dalam bahaya.
3.
Lebah-lebah tu akan
serang kau sebab saudara-saudaranya mati dan cedera masa kau terajang sarang
dia (FYI: Apabila kau membunuh SEEKOR kerengga/lebah/tebuan, ada satu bau dari
jasad serangga itu akan melekat di badan kau dan ia menjadi isyarat kepada
gengnya bahawa kau adalah pembunuh. Jadi kau akan menjadi target serangan
beratus-ratus ekor serangga tadi. Larilah ke mana pun, mereka pasti mengejar).
4.
Kaki kau akan kotor
akibat madu yang melekit di seluar dan kasut kau.
5.
Kemungkinan besar kau
akan jatuh berdebuk ke tanah sebab kau hilang keseimbangan masa sibuk menepis
lebah-lebah tu.
Akhirnya, madu tak dapat. Yang dapat ialah sakit akibat disengat lebah dan jatuh pokok.
Suatu masa yang lain kau tengok datang seseorang ke pokok yang sama. Dia pun nak ambil madu di atas pokok tu juga. Hati kau berbisik, “Rasalah kau sengsaranya nak ambil madu! Muahahaha 😈😈😈”
Tapi kau lihat dia
datang siap bawa kelengkapan:
- Tangga - untuk panjat pokok
- Jamung - untuk asapkan lebah supaya mabuk
- Tali – untuk ikat badan ke batang pokok
- Baldi – untuk isi madu
Tak lama lepas tu kau tengok dia berlalu pergi bersama sebaldi madu, tanpa diserang lebah, tanpa luka terjatuh dari pokok.
Berbeza kan hasil yang dia dapat dari bahana yang kau terima?
Mengapa jadi begitu?
Sebabnya ialah dia tak serang lebah tu macam yang kau buat! 😠
Hahaha..ok2 bertenang. Ni contoh sahaja ok. Hakikatnya kau dan aku tak pernah dekat dengan sarang lebah pun. Hahaha
Apa yang Pak Dale nak kaitkan tentang tajuk dengan point dalam Bab 1 ialah jangan la dok kritik-kritik orang lain. Tak ada orang yang akan suka-suka atau gembira bila dikritik. Sebelum kita nak kritik seseorang, fikir dulu 🤔🤔🤔
"Bagus ke tak kalau aku kritik dia ni?"
Jadi sekiranya kita melihat ada perkara yang tak kena, ambil pendekatan yang lebih baik dari mengkritik.
Apa dia?
Nantikan jawapannya di
Bab 2 nanti 😉